TERIMA KASIH BERSAMA NYAMUK BANDAR

Mari Kita Borak-borak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau kita toleh kebelakang dan tenungkan, hari-hari kita dok berborak dan bercakap dengan kawan-kawan sepejabat, ahli keluarga, jiran tetangga, pakcik jaga dan macam-macam orang lagi, ade masanya semasa kita bekerja pun kita bercakap bukan pasal yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Agaknya la berapa peratus la hasil percakapan kita tu boleh beri manfaat kepada kita dan juga pihak yang satu lagi (yang layan kita borak tu la..). Kalau kedua-dua pihak tak dapat apa-apa hasil, itu disebut “cakap kosong”. Kalau ada manfaat kita dapat dari perbualan kita tu tadi, kita panggil “cakap berisi”.

Seeloknya, kita perbanyakkan cakap berisi yang memberi faedah atau pengajaran supaya setiap dari kita dapat manfaat/faedah (jangan cerita nak kutuk member ajer). Cakap berisi ni pulak, kalau nawaitu kita betul dapat pahala pulak tu. Best betul. Tambah pulak, kalau dapat “duit” kalau kena gaya isinya, melampau bestnya tu.

Ada tu, kalau kita bercakap, orang bayar kita pasal nak dengar kita bercakap. Hahaha, ini lagi super-duper melampaui batas bestnya. Contoh macam pensyarah, penceramah, motivator dan consultant, modal dia air liur dan pengetahuan dia je. Nampak macam mudah kan, tapi tak semua orang ada kelebihan dan bakat bercakap yang orang nak bayar.

Kebanyakan yang kita jumpa ialah orang yang banyak cakap tapi takde beri apa-apa faedah pun baik kepada si pendengar, mahupun diri mereka sendiri. Macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih..last-last kena tendang!… hehehe.. macam biasa jumpa je kan.

Berbeza pulak kalau kita dapat peluang bercakap-cakap dengan orang yang banyak ilmu. Mereka ni macam pokok padi, makin berisi makin tunduk (kalau tak tunduk tu, something wrong somewhere..huhu). Kita kena pandai berdamping dan berinteraksi dengan orang macam ni, sebab dia sibuk dan takde masa sangat, so peluang-peluang yang diperuntukkan tu, harus direbut dengan penuh minat.

Untuk berjaya dalam apa juga kerja yang kita nak buat, penting jugak kita bercakap-cakap dengan mereka yang lebih arif dan ada pengalaman dalam bidang yang ingin kita ceburi tu, tak kiralah walau pun kita dah berumur macam aku ni, jangan malu atau tunjuk ego, biar kita merendahkan diri asal dapat ilmu atau pengetahuan. Adakalanya kawan kita tu kurang background education tapi mempunyai pengelaman / pengetahuan dalam sesuatu bidang maka kita harus akur apa yang dia cakapkan, kemudian kita fikirkan dan buat kaji selidik.

Mungkin tak semua orang boleh dapat peluang bercakap secara bersemuka dengan guru-guru /sifu ini, jadi gunalah media dan platform yang disediakan seperti blog, shoutbox, forum, email dan sebagainya untuk mendapat komen dan tunjuk ajar dari mereka.

Bukan apa, masa mereka masih “free” ni, baik rebut peluang berjumpa dengan mereka. Once mereka ni dah melangkah ke “liga” lain dalam dunia pelaburan, kita takkan dapat lagi peluang berdamping dengan mereka seperti sekarang. Nasihat yang diberikan sekarang kebanyakkannya percuma.

akirnya kita sama-sama fikirkan bersama untuk menambah pengetahuan dalam apa bidang sekali pun, daripada kita borak-borak kosong yang tidak mendatangkan hasil ..........
sekian buat kali ini, kita jumpa lagi di lain borak-borak
Wassalam !!!!

Menuju Arah...... kemana akhirnya???

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,


Buat kawan semua telah lebih dari satu tahun rasanya aku tidak mencoretkan apa-apa dalam blog ini, terlalu cepat rasanya masa berlalu.... tidak terasa hari berganti hari, minggu berganti dan bulan berganti bulan. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi, kalau setahun yang lalu usianya 25 tahun tetapi sekarang ianya berusia lebih dari 26 tahun, hari demi hari dimakan tua. Dalam masa setahun itu apakah kita telah mencapai apa yang kita idamkan atau yang kita cita-citakan??? Pada Tahun Baru contohnya kita terfikir untuk mengubah sikap dan bercita-cita untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidupnya, dalam masa beberapa bulan untuk "Menuju Arah" apakah kita toleh kebelakang apa kejayaan yang telah kita capai dalam beberapa bulan mendatang, tetapi ada kalangan diantara kita langsung tidak menoleh kebelakang apa yang telah kita capai dan mengejar apa yang kita cita-citakan diperingkat awalnya, dan sahinggalah keakhir tahun tidak mendapat apa-apa hasil..... Zero !!!!!!

Menghitung Hari-hari Kehidupan Kita

Terima Kasih kerana membaca dengan jujur dan marilah kita bersama-sama menghitung akan kehidupan kita yang telah berlalu dan juga dimasa yang akan mendatang.

Kemana arah tujuan kita dalam kehidupan yang maya ini ????.................

Pada Permulaan nya mari kita sama-sama menghitung jam (waktu) dalam masa setahun yang telah kita lalui :

Kita Kira Kalau Satu Tahun ????
1hari = 24jam
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit – Satu Tahun

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan - dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, bercakap yang tak berfaedah (kutuk orang) dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan dan pasang angan-angan ……
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Bila Agaknya Aku Ni Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fakir - solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan Untuk Ingatan BERSAMA !!!: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah aje amacam . . . ?? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam hati (hati yang kotor) yang sentiasa berdendam ( * Dalam tubuh badan kamu itu ada seketul daging, kalau buruk ia maka buruklah keseluruhannya kalau baik maka baiklah keseluruhan nya, IANYA ADALAH HATI * ) dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa… Aku bermohon kepada Mu Ya Allah jauhkanlah daripada perbuatan-perbuatan tersebut…..

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!! Jangan bercakap dengan percakapan yang tak berfaedah…….. MARILAH KITA SAMA-SAMA UBAH SIKAP…… Insyaallah
(*ingat mengigati sesama Islam)

Ingatlah negeri kita yang kekal … Akhirat !!!!!