TERIMA KASIH BERSAMA NYAMUK BANDAR

Mari Kita Borak-borak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau kita toleh kebelakang dan tenungkan, hari-hari kita dok berborak dan bercakap dengan kawan-kawan sepejabat, ahli keluarga, jiran tetangga, pakcik jaga dan macam-macam orang lagi, ade masanya semasa kita bekerja pun kita bercakap bukan pasal yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Agaknya la berapa peratus la hasil percakapan kita tu boleh beri manfaat kepada kita dan juga pihak yang satu lagi (yang layan kita borak tu la..). Kalau kedua-dua pihak tak dapat apa-apa hasil, itu disebut “cakap kosong”. Kalau ada manfaat kita dapat dari perbualan kita tu tadi, kita panggil “cakap berisi”.

Seeloknya, kita perbanyakkan cakap berisi yang memberi faedah atau pengajaran supaya setiap dari kita dapat manfaat/faedah (jangan cerita nak kutuk member ajer). Cakap berisi ni pulak, kalau nawaitu kita betul dapat pahala pulak tu. Best betul. Tambah pulak, kalau dapat “duit” kalau kena gaya isinya, melampau bestnya tu.

Ada tu, kalau kita bercakap, orang bayar kita pasal nak dengar kita bercakap. Hahaha, ini lagi super-duper melampaui batas bestnya. Contoh macam pensyarah, penceramah, motivator dan consultant, modal dia air liur dan pengetahuan dia je. Nampak macam mudah kan, tapi tak semua orang ada kelebihan dan bakat bercakap yang orang nak bayar.

Kebanyakan yang kita jumpa ialah orang yang banyak cakap tapi takde beri apa-apa faedah pun baik kepada si pendengar, mahupun diri mereka sendiri. Macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih..last-last kena tendang!… hehehe.. macam biasa jumpa je kan.

Berbeza pulak kalau kita dapat peluang bercakap-cakap dengan orang yang banyak ilmu. Mereka ni macam pokok padi, makin berisi makin tunduk (kalau tak tunduk tu, something wrong somewhere..huhu). Kita kena pandai berdamping dan berinteraksi dengan orang macam ni, sebab dia sibuk dan takde masa sangat, so peluang-peluang yang diperuntukkan tu, harus direbut dengan penuh minat.

Untuk berjaya dalam apa juga kerja yang kita nak buat, penting jugak kita bercakap-cakap dengan mereka yang lebih arif dan ada pengalaman dalam bidang yang ingin kita ceburi tu, tak kiralah walau pun kita dah berumur macam aku ni, jangan malu atau tunjuk ego, biar kita merendahkan diri asal dapat ilmu atau pengetahuan. Adakalanya kawan kita tu kurang background education tapi mempunyai pengelaman / pengetahuan dalam sesuatu bidang maka kita harus akur apa yang dia cakapkan, kemudian kita fikirkan dan buat kaji selidik.

Mungkin tak semua orang boleh dapat peluang bercakap secara bersemuka dengan guru-guru /sifu ini, jadi gunalah media dan platform yang disediakan seperti blog, shoutbox, forum, email dan sebagainya untuk mendapat komen dan tunjuk ajar dari mereka.

Bukan apa, masa mereka masih “free” ni, baik rebut peluang berjumpa dengan mereka. Once mereka ni dah melangkah ke “liga” lain dalam dunia pelaburan, kita takkan dapat lagi peluang berdamping dengan mereka seperti sekarang. Nasihat yang diberikan sekarang kebanyakkannya percuma.

akirnya kita sama-sama fikirkan bersama untuk menambah pengetahuan dalam apa bidang sekali pun, daripada kita borak-borak kosong yang tidak mendatangkan hasil ..........
sekian buat kali ini, kita jumpa lagi di lain borak-borak
Wassalam !!!!